Khamis
Hari Khamis (disebut [kha.mis] atau [ka.mis]) merupakan hari kelima dalam seminggu dan terletak antara Rabu dan Jumaat. Nama hari ini menyerap bahasa Arab dari يوم الخميس Yaum al-Khamīs.
Kepentingan
Agama
Umat Islam digalakkan melakukan ibadah berupa puasa sampingan tidak wajib (atau sunat) selain hari Isnin; pernyataan ini berdasarkan seberapa catatan hadis nabawi tertentu.[1][2]
Umat Judaisme turut dianjurkan agar berpuasa pada hari-hari ini.
Budaya setempat
Di United Kingdom, pilihan raya biasanya diadakan pada hari Khamis. Hal ini adalah untuk memastikan kehadiran pengundi yang ramai, kerana gaji selalunya dibayar pada hari Jumaat. Jika dibuat pada hari lain, rakyatnya mungkin lebih berminat membeli-belah daripada mengundi.