Hospital Kuala Lipis
Hospital Kuala Lipis merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Pahang, Malaysia.
Hospital Kuala Lipis merupakan hospital yang memberi perkhidmatan pada hampir 400,000 penduduk di kawasan Pahang Barat. Ia termasuk penduduk sekitar daerah Kuala Lipis, Raub, Bentong dan Cameron Highlands yang ingin mendapatkan rawatan.
Selain itu, Hospital Kuala Lipis turut dilengkapi dengan perkhidmatan kemudahan pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan) yang bernilai RM3 juta yang memberi manfaat besar kepada pesakit yang datang menerima rawatan.[1]
Alamat
Hospital Kuala Lipis
27200 Kuala Lipis
Pahang,
Malaysia
Rujukan
- ^ Hospital Lipis dilengkapi CT Scan.
Pautan luar
- Gambar Hospital Kuala Lipis di Peta Google
- Facebook Hospital Kuala Lipis
- Laman Kementerian Kesihatan.[pautan mati kekal]